SHAHMIE TRAVEL & TOURS SDN BHD ditubuhkan pada Mei 2013. Kami berpengalaman dalam menguruskan tempahan tiket penerbangan luar dan dalam negara, Pakej Pelancongan Ke Luar dan Dalam Negara, Pakej dan Pengurusan Umrah serta Ziarah, Pakej Pelancongan Muslim, Pakej Persendirian dan Pakej VIP mengikut permintaan pelanggan.
SHAHMIE TRAVEL & TOURS juga menyasarkan untuk mengambil bahagian dalam industri pelancongan Malaysia yang semakin berkembang secara agresif. Memasuki pertumbuhan yang berterusan, kami kini bersedia untuk membawa industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi dan kami bersedia untuk mengembangkan skop perniagaan kami dan menjadi syarikat pelancongan sepenuhnya.
Dalam memastikan kejayaan, SHAHMIE TRAVEL & TOURS akan mengekalkan hubungan baik dengan rangkaian pembekal dan penyedia perkhidmatan yang bereputasi yang telah dipilih berdasarkan kualiti yang kami perlukan. Kepakaran, pengetahuan dan komitmen kami membolehkan kami menyelesaikan tugas kami dengan jayanya.